Saturday, October 27, 2012

Terapi Ion Rendam Kaki ~

Assalamualaikum . :)

Alhamdulillah hari ini Allah masih beri peluang untuk aku hidup lagi .
dan pada hari ini aku dan keluarga aku pergi berjalan-jalan dari Pengkalan Hulu ke Baling .
pada mulanya kami semua pergi ke Baling untuk berjalan-jalan di Pekan Pagi Baling .
Dekat situ ramai orang menjual berbagai-bagai seneka tok nenek . :p
daripada keperluan dapur , berkebun , keperluan asas seperti baju-baju dan macam-macam lagi yang selalunya korang semua dapat bila pergi ke pasar-pasar dekat tempat korang .
Mula-mulanya aku bawak tok aku berjalan-jalan naik kerusi roda . kami semua saja usik tok suruh dia jadi USOP WHEELCHA ! hahahahah kemudian dalam pada berjalan tu tak sah kalau tak beli apa-apa kan ???
dekat situ aku ayat mak aku untuk beli seluar Aladdin (tak tahu nama seluar tu so ikot suka aku la nak panggil apa :p ) ... seluar ni untuk aku cukup2 je la dan seluar tu aku pakai dalam rumah je ... hehehe . tapi bagi sesiapa kaum HAWA yang rendah dan teringin untuk bergaya dengan memakai seluar Aladdin ni di alu-alukan untuk membelinya . harga yang murah dan kain yang sangat sejuk dan lembut . hanya RM10 sahaja sehelai . dan coraknya juga membuat mata aku menarik perhatian untuk membelinya . hehehehe jemput-jemputlah tengok seluar yang aku beli ni . :)

~ Seluar Aladdin 1 ~

~ Seluar Aladdin 2 ~

biasa-biasa je seluar ni . kalau sesiapa yang tak berkenan shopping kita beralih pulak kepada rawatan badan . rawatan ni terletak di Batu 7 di Baling, Kedah . bagi sesiapa yang tak tahu rajin-rajinkanlah diri tu pergi dan bertanya penduduk kampung dekat situ . :) baiklah aku teruskan lagi . HJH CT SOFFAN BAROKAH (MAK LONG) ataupun di kenali dengan nama TERAPI ION RENDAM KAKI . rawatan ini merupakan terapi moden yang bertujuan membersih tubuh dari toksin tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan . 
baca selanjutnya untuk memahami cara rawatan ni berfungsi :

"Sistem terapi pembersih ion menghasilkan ion-ion positif dan negatif didalam air yang mengalir didalam tubuh secara automatik dan berenergi mencipta keseimbangan dengan memecah, mengeluarkan toksin, bahan buangan metabolisma dari tubuh melalui liang-liang di telapak kaki, perubahan warna ionisasi membuktikan pengeluaran pembuangan toksin, zat-zat partikel dari bahagian tubuh yang telah di ionisasi ."

haaaaa .. kalau nak tahu apa kelebihan terapi ni tengok kat bawah ni pulak . :)
(maaflah kalau gambar tak berapa nak clear . kamera murah . )



rawatan ini aku tak lah cakap ia menjamin semua ni berlaku tapi InsyaAllah berkesan . kita cuma berusaha tapi Allah yang menentukan segala-galanya . :)
sekarang kita tengok pulak hasil yang berlaku pada aku dan keluarga aku . bagi yang penggeli aku sarankan janganlah tengok ketika sedang makan . heheheh

~ ni rawatan awal-awal ~
: haaa .. awal-awal nak masuk kaki dalam air ni dia akan masukkan sesudu garam lebih kurang macam tu la . kemudian dia masukkan bekas yang berisi electrod (mungkin) dan disambungkan dengan dua wayar positif dan negatif . wayar ni di sambungkan terus kepada AC source . heheheh lagi lama aku cerita lagi banyak masuk bab2 elektrik nanti . :p :

~ sesudah rawatan ~
: gambar ni betul-betul selepas kotak tu di angkat ketepi . banyakkan kotoran dalam badan aku . huhu :

ni perbezaan antara aku dan tok aku .... :p 

~ kiri atok & kanan aku ~
: nampaknya yang muda lebih banyak berpenyakit berbanding yang tua . antara keluarga aku , aku la yang paling banyak menda keluar daripada badan . oleh itu , kita yang muda jangan ingat kita tidak mempunyai penyakit walaupun nampak sihat .cuba try test tengok ! :D dan jangan lupa , banyakkan minum air selepas rawatan ni ya . :

berdasarkan apa yang keluar selepas rawatan ni , kakak ataupun orang yang jaga dekat situ mesti bagitau apa sebenarnya yang keluar melalui warna atau rupa bentuk dalam air tu . jadual di bawah menunjukkan serba sedikit apa yang akan keluar daripada badan kita mengikut badan masing-masing .

~ jenis-jenis kototan/toksin yang keluar ~

Baiklah . bagi yang berminat sila rujuk bawah ini :

: DISYORKAN UNTUK MELAKUKAN 12 KALI SELAMA 30 MINIT
: BAYARAN 1 TERAPI RM10.00 SAHAJA .

PERHATIAN !!!!!

"TIDAK DIGALAKKAN KEPADA WANITA HAMIL, MENYUSU ANAK & KANAK-KANAK BERUMUR 16 TAHUN KEBAWAH DAN SESIAPA YANG MEMPUNYAI SEBARANG LOGAM DI DALAM BADAN."

ALAMAT TERAPI : 

NO 1A KG BATU 7, JALAN PENGKALAN HULU, BALING, KEDAH

NO TEL :

013-4705062 (YATIE)
013-4740213 (MAK LONG)

WAKTU OPERASI :

8.00 PAGI - 11.00 MALAM 

Sekian sahaja post aku untuk kali ni . 
"Lebih baik mencegah daripada merawat"
yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu semuanya datang daripada aku .
Wassalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment